Bandar Taiping merupakan ibu kota heritage bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum tahun 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Tahukah anda maksud Klian Pauh? Klian bermaksud lombong manakala Pauh pula sejenis buah mangga yang kecil. Jika anda pernah ke Kelantan, pasti anda pernah dengar peniaga-peniaga di pasar menyebut mangga sebagai pauh. Taiping adalah perkataan dari Cina Mandarin yang membawa maksud aman dan damai.
Kini, bandar Taiping menjadi tarikan pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana memiliki pelbagai tarikan dari segi tempat pelancongan dan juga merupakan syurga makanan bagi peminat makanan di situ. Jom ikuti Admin jelajah satu tempat makan best dan sedap di Taiping. Anda bolehlah terjah ke lokasi yang dikongsikan ini apabila berkunjung ke Taiping kelak.
Episod kali ini, Team Propa Rangers telah singgah ke sebuah restoran Gepuk House di Taiping.
Untuk pengetahuan, Ayam Gepuk di sini memang padu dan setiap hidangannya dalam portion yang banyak. Jadi, Admin gerenti anda semua kekenyangan setelah keluar dari restoran ni.
Tanpa banyak cerita lagi, jom kita tengok menu-menu rare dan memang tak propa ye yang dihidangkan kepada kami. Jom!
0 Comments