Lenggong merupakan sebuah bandar di bahagian utara negeri Perak yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding. Kini, ia menjadi sebuah destinasi popular untuk pelancong domestik yang ingin merasai keindahan dan kehijauan di sana.

Baru-baru ini, ribuan seniman serta peminat dari komuniti Indie berkumpul di Lenggong pada hujung minggu untuk merayakan seni dan kreativiti berlatarbelakang tasik dan gunung di Resort Tasik Raban. Festival TAPAUfest edisi ke-6 ini dianjurkan oleh TAPAUasia dan kembali buat kali kedua di Lenggong ini ternyata memberikan pengalaman yang bermakna buat semua yang terlibat.
Pengunjung festival boleh memilih untuk mengambil 'roadtrip' ke Lenggong dengan memandu atau menggunakan perkhidmatan bas atau kereta api ke Ipoh dan wakil dari Majlis Daerah Lenggong sedia menunggu untuk membawa pengunjung ke lokasi festival.

Pintu mula dibuka pada 9 pagi bagi memberikan masa secukupnya untuk meneroka keajaiban semula jadi Lenggong yang memukau, antaranya di Lata Kekabu atau menikmati secawan kopi di tepi sungai di Pio Kopi sebelum persembahan muzik di PENTAS bermula pada jam 5 petang.
Bagi mereka yang tak mahu meninggalkan tapak festival, Pasar Komuniti T3 (PASAR), dikurasi dan direka oleh kolektif seni Tingkat 3, menawarkan peluang untuk membeli barang dari seniman tempatan, menyertai bengkel seni dan DIY, menikmati persembahan DJ, atau melayandiri dengan servis gunting rambut dan urut kaki.

Peserta festival juga diberi peluang istimewa menikmati persembahan Dondang Sayang dan Mak Yong yang autentik, dikurasi dengan penuh kasih oleh Kakiseni. Persembahan-persembahan ini, bersama dengan sesi kongsi termasuk tayangan di BENGKEL dan LAYAR, menambah dimensi budaya yang kaya di TAPAUfest.
Sebelum persembahan muzik dimulakan, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah jalanan tempatan dari Lenggong dan seluruh Malaysia. Memastikan keaslian pengalaman WARUNG tanpa melibatkan stereotaip festival, semua makanan dan minuman bukan hanya lazat tapi harganya juga berpatutan.
Tepat jam 5 petang, hos TAPAUfest, bintang lakonan Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sharifah Amani, membuka tirai mengajak semua orang untuk berkumpul di PENTAS.
Persembahan pertama dimulakan oleh kugiran "midwest emo", Mascot yang membawakan persembahan sangat sesuai dengan angin kencang semulajadi dan tenaga penonton mereka.
Seterusnya Rub of Rub dari Bandung muncul dengan muzik latar yang cukup sempurna untuk matahari yang sedang terbenam sambil memikat penonton dengan bunyi dub mereka. Ini merupakan persembahan sulung mereka di luar Indonesia.
Setelah rehat Maghrib, duo elektronik Wobbebong mengembalikan semangat penonton dengan persembahan bertenaga berserta penampilan istimewa oleh rapper Hullera untuk lagu kegemaran penonton "Kereta Terbang”.
Kugiran legenda Singapura, Force Vomit kemudiannya memulakan set mereka dengan lagu "Spaceman Over Malaysia”. Ini merupakan kali pertama mereka membuat persembahan di Perak sejak tahun 2004.
Rock ‘n roll ‘Supergroup’, Jemson seterusnya mengambil alih pentas dengan persembahan yang sangat bertenaga. Bintang dan penyanyi, Naim Daniel turut membuat penampilan istimewa untuk lagu "Mula Semula."














4 Comments
Edisi ke 6 dah? Wah bagus event macam ni...
ReplyDeleteNext year mesti orang tunggu2
Betul tu. Dah banyak kali dianjurkan
DeleteAda kesempatan mahu juga saya pergi ke ke Lenggong
ReplyDeleteInsyaAllah.... Semua dengan izinNya...
Delete