Selamat Hari TV3! Stesen televisyen terkemuka Malaysia, TV3 bakal menyambut ulang tahunnya yang menginjak usia ke-40 pada 1 Jun 2024 ini. Sejak mula beroperasi pada 1984, TV3 kekal menjadi peneraju dalam membawa berita terkini, hiburan berkualiti dan program-program berinformasi serta menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sepanjang empat dekad penyiarannya. Selain dari itu, TV3 juga menjadi pilihan dan sumber inspirasi utama rakyat Malaysia dan berjaya mengekalkan tarikannya melalui inovasi-inovasi baharu dalam bidang penyiaran. Justeru, sempena bulan istimewa ini, TV3 mengetengahkan kandungan program dan pelbagai aktiviti menarik bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ini, khas buat penonton setianya.

Sempena sambutan ke-40 kali ini, TV3 mengangkat tema ‘Inspirasi Generasi’ selaras dengan ikoniknya TV3 yang sentiasa memberikan inspirasi sebagai pencetus, pengubah ‘trend’ atau aliran, dan perintis dalam dunia televisyen. Tujuh (7) tonggak utama slot program di TV3 dan ID stesen TV3 diberikan penjenamaan atau identiti baharu bersesuaian dengan tema keseluruhan kempen ulang tahun ini iaitu slot 9PM, Drama, Wanita, Hiburan, Jaguh Kartun, Hidupkan Pagi dan Raudhah, bagi menggantikan yang lama. TV3 juga mengorak langkah melancarkan koc khas kereta api LRT bagi laluan Kelana Jaya dengan memaparkan beberapa gerabak yang dibalut khas dengan visual penjenamaan baharu TV3 bermula 20 Mei hingga 19 Jun 2024.

2 Comments
40? Wow! Tak sangka!
ReplyDeletecuma skrg dah jarang tonton TV3 sbb ada byk pilihan lain...huhuhuhu
ReplyDelete