Admin tahu yang anda semua pasti menggunakan telefon bimbit. Dan tentunya anda sudah biasa dengan membeli tambah-nilai ataupun reload untuk pelan prabayar anda di kedai runcit mahupun menerusi online banking. Tetapi, alangkah baiknya jika ada cara tambah-nilai yang lebih mudah dan dapat ganjaran menarik kan!
Jadi, Admin nak memperkenalkan Aplikasi Boost yang menawarkan cara tambah-nilai yang sangat mudah di mana-mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa dan anda juga turut berpeluang menikmati ganjaran yang lumayan. Proses tambah-nilai pelan prabayar anda akan menjadi lebih seronok!
Aplikasi Boost
 
Aplikasi Boost ini sudahpun diterbitkan di Aplikasi Google Play Store dan anda semua boleh memuat turunnya sekarang! Namun, buat masa permulaan ini, Aplikasi Boost hanyalah untuk pengguna pelan prabayar Xpax. Pengguna Xpax boleh menikmati RM10 Boost Kredit PERCUMA apabila mendaftar akaun di Aplikasi Boost. Tawaran ini akan tamat tidak lama lagi! Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada ini!
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi Boost: KLIK DI SINI.