Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambutan Hari Malaysia 2025 Yang Meriah di PICCA @ Butterworth Arena, Penang

Sambutan Hari Malaysia 2025 telah berlangsung dengan penuh warna-warni pada 16 September di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Acara penuh berprestij itu membawa mesej perpaduan, kemajuan dan keharmonian selaras dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Sambutan itu dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Perdana Menteri, Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malaysia Madani: Rakyat Disantuni, Tema Hari Malaysia 2025

Malaysia Madani adalah satu konsep dibangunkan oleh kepimpinan negara untuk memperkukuh kerangka pembangunan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan, inkusiviti dan keadilan sosial. Ia menegaskan bahawa kemakmuran negara hendaklah dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agalam. Maka, tema ini menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat diberi perhatian dan layanan adil, menyemarakkan semangat perpaduan dan kekitaan.

Selain itu, 'Rakyat Disantuni' menonjolkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat termasuk aspek pendidikan, kesihatan, ekonomi dan keselamatan. Ia adalah manifestasi nyata bahawa pembangunan negara tidak hanya tertumpu kepada aspek fizikal dan ekonomi tetapi juga kepada aspek manusiawi yang membentuk jati diri bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.





Seperti yang kita tahu, Hari Malaysia 1963 telah menyatukan semua negeri. Hari Malaysia 2025 pula telah menyatukan kemajuan dan pembangunan mampan. Kemajuan Malaysia adalah kejayaan setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain pengisian program di dalam dewan, terdapat juga aktiviti menarik di luar dewan yang membolehkan para pengunjung dapat sama-sama meraikan kemeriahan itu bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Food Truck yang menjual pelbagai hidangan makanan kegemaran rakyat Malaysia juga boleh didapati di situ hari itu.



SELAMAT HARI MALAYSIA 2025

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)