Sempena meraikan 140 tahun perjalanan dan warisan Isetan di Jepun, Isetan Kuala Lumpur tampil dengan sesuatu yang istimewa buat pencinta kecantikan menerusi Pesta Kecantikan Isetan 2026 yang berlangsung buat pertama kali dari 13 hingga 29 November 2026 di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens.

Isetan Sambut 140 Tahun Warisan Jepun Dengan Pesta Kecantikan Pertama 2026
Festival ini menghimpunkan lebih 100 produk kecantikan ikonik dalam satu pameran khas Wall of Fame, yang menampilkan pelbagai produk pilihan daripada jenama kecantikan terkenal dunia. Pengunjung berpeluang melihat koleksi produk penjagaan kulit, solekan, penjagaan rambut dan wangian yang telah menjadi kegemaran ramai serta mempunyai sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan.
Antara jenama yang turut mengambil bahagian ialah Burberry Beauty, Chantecaille, Clarins, Estée Lauder, Hermès Beauty, Lancôme, La Prairie, NARS, Shiseido dan SK-II.

Menariknya, festival kali ini bukan sekadar tentang kecantikan luaran, tetapi turut membawa mesej bahawa kecantikan merangkumi kesejahteraan, keyakinan diri, ekspresi diri dan penjagaan diri secara menyeluruh.
Dengan tema “Seni Menjadi Cantik Luar & Dalam”, Pesta Kecantikan Isetan 2026 mengajak pengunjung untuk melihat kecantikan daripada perspektif yang lebih luas, termasuk bagaimana rutin harian, gaya hidup sihat dan kesejahteraan diri memainkan peranan dalam membuatkan seseorang berasa lebih baik.
Selain produk kecantikan, festival ini turut menampilkan Isetan WELLife, konsep kesejahteraan khas Isetan yang mengetengahkan 10 produk terlaris merangkumi kategori kecantikan, penjagaan diri dan wellness.

Menurut Daisuke Yamai, Pengarah / Pengurus Besar Jualan & Barangan Isetan Kuala Lumpur, kecantikan mempunyai makna yang berbeza bagi setiap individu dan festival ini merupakan peluang untuk meraikan kepelbagaian tersebut, sambil memperkenalkan warisan serta inovasi daripada jenama yang dipercayai pelanggan.
Sambutan ulang tahun ke-140 ini turut membawa mesej “WAKU WAKU Untuk ANDA”, yang diinspirasikan daripada perkataan Jepun waku waku, membawa maksud keterujaan, rasa tidak sabar dan kegembiraan.
Sepanjang 140 tahun, Isetan terus berkembang dengan mengekalkan nilai kualiti, perkhidmatan dan pengalaman membeli-belah yang menjadi identitinya, sambil menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup serta keperluan pelanggan masa kini.
.jpg)

Pesta Kecantikan Isetan 2026 bukan sekadar meraikan produk kecantikan, tetapi turut membuka ruang untuk pengunjung menikmati pengalaman penjagaan diri, kesejahteraan dan gaya hidup yang lebih bermakna.
Bagi pencinta kecantikan, inilah peluang untuk meneroka pelbagai jenama ikonik, mendapatkan inspirasi penjagaan diri dan menikmati pengalaman kecantikan yang lebih menyeluruh di Isetan Kuala Lumpur.
Pesta Kecantikan Isetan 2026 berlangsung dari 13 hingga 29 November 2026 di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens.


0 Comments